Kereta api Pengangkutan_di_Vietnam

Lintasan kereta api berdekatan Mỹ Sơn

Perkhidmatan kereta api rentas negara utama di Vietnam ialah Reunification Express yang berjalan dari Bandaraya Ho Chi Minh ke Hanoi sepanjang 2,000 kilometer. Dari Hanoi, landasan keretapi juga mencabang ke timur, timur laut dan utara. Jajaran timur dari Hanoi ke Teluk Hạ Long, yang utara ke Hanoi ke Thái Nguyên, dan yang timur laut dari Hanoi ke Lào Cai.

Pada 2009, Vietnam dan Jepun memeterai urus janji untuk membina sistem kereta api kelajuan tinggi dengan teknologi Jepun. Ramai jurutera Vietnam dihantar ke Jepun untuk menerima latihan bagi mengendali dan menyelenggara kereta api berkelajuan tinggi. Landasan ekspres sepanjang 1,630 km[6] melayan sejumlah 26 stesen, termasuklah Hanoi dan Thu Thiem di Bandaraya Ho Chi Minh.[7] Dengan berbekalkan teknologi Shinkansen dari Jepun,[8] landasan ini akan menampungi tren-tren yang berjalan selaju 360 kilometer (220 mi) sejam. Landasan kelajuan tinggi yang menyambungkan Hanoi ke Vinh, Nha Trang dan Bandaraya Ho Chi Minh City dipasang pada 2015. Dari 2015 hingga 2020, pembinaan akan dimulakan pada jajaran antara Vinh dan Nha Trang, dan antara Hanoi dan wilayah utara Lào Cai dan Lạng Sơn.

Rujukan

WikiPedia: Pengangkutan_di_Vietnam http://www.smh.com.au/travel/vietnam-to-build-high... http://www.etravelblackboardasia.com/article.asp?i... http://www.indexmundi.com/vietnam/waterways.html http://www.globalsecurity.org/military/world/war/s... http://www.travelblog.org/Photos/4708303 http://www.vece.com.vn/duongcaotoc/category/1167 http://batgt.camau.gov.vn/bien-chi-dan-tren-duong-... http://batgt.camau.gov.vn/bien-chi-dan-tren-duong-... http://www.gso.gov.vn/default.aspx?tabid=622&ItemI... https://www.nytimes.com/2007/02/06/business/worldb...